Panduan ringkas untuk team PUC: sistem sekarang di tahap mana, setiap fasa bina apa, apa yang team kena buat sekarang, dan bila kita boleh naik ke fasa berikut.
Anda di sini →
Fasa 1 — Validasi (sistem dah live, tengah diuji dgn produk sebenar)
ON TRACK
Fasa 1
Inventori + Jualan Online
Anda di sini
Fasa 2
Distribution
Fasa 3
Ejen & Wholesale
Fasa 4
Polish
01
Peta jalan — 4 fasa
Sistem PUC dibina fasa demi fasa. Setiap fasa siap, live, dan diuji dulu sebelum fasa berikut — supaya tak ada kerja terbuang & setiap peringkat betul-betul boleh guna.
1
Inventori + Jualan Online
Pain #1 · keutamaan owner
✓ SIAP · LIVE
Masuk harga / SKU / stok sendiri dari admin
Jual online — stok auto-reserve masa checkout, auto-tolak bila customer bayar
POS kaunter (jualan walk-in, tak boleh oversell)
Storefront tunjuk stok & "Habis" automatik ikut saiz
Stok per-kedai & order deposit (bayar deposit, langsai baki)
3
Ejen & Wholesale
Reseller · harga borong
Akan datang
Harga wholesale ikut kuantiti (tier <100 / ≥100)
Daftar & ranking ejen; ejen vs affiliate tak silang
Konsainmen (stok ejen masih milik HQ sampai terjual)
Tax / SST (aktif bila perlu)
4
Polish
Kemas & automasi
Akan datang
POS lebih lengkap (resit, shift, dsb)
Auto-reorder bila stok rendah
Analitik & laporan mendalam
02
Apa team kena buat sekarang
Tugas Fasa 1: masukkan produk sebenar & guna betul-betul. Semua langkah ni dah live di admin. Buat untuk 5–10 produk sebagai permulaan.
Buka / cipta produk.
Admin → Produk → Baru (atau buka produk sedia ada). Isi nama & kategori.
Isi harga.
Buka seksyen Harga & Inventori → isi Harga runcit (Kos hanya owner nampak, untuk kira margin).
Jana SKU.
Klik Jana SKU — sistem buat 1 SKU untuk setiap saiz secara automatik.
Masuk stok pembukaan.
Setiap SKU, taip kuantiti → klik Terima. Stok masuk ke Gudang HQ. (Boleh juga dari /admin/inventori → Terima Stok.)
Hidupkan & simpan.
Toggle inventory_enabled ON (perlu ada SKU + harga runcit > 0) → Simpan. Siap — storefront terus tunjuk stok/"Habis", boleh jual online + POS.
Contoh dah siap
Produk jersi-demo dah di-set up penuh (5 saiz, 10 stok setiap satu, harga, enable) sebagai contoh. Team boleh tengok flow lengkap di admin dulu sebelum masuk produk sendiri.
03
Report balik ke group
Lepas masuk produk & cuba guna, copy template ni & isi — hantar ke group. Ini yang kami perlu tahu untuk pastikan semua betul.
Template report — copy & isiWhatsApp / Telegram
PUC — Report Validasi Fasa 1
Produk berjaya dimasukkan : ___ produk
Storefront tunjuk stok/harga betul? : ya / tak
Cuba jual ONLINE 1 kali : berjaya / tak — stok tolak betul? ya/tak
Cuba jual POS 1 kali : berjaya / tak
Ada yang keliru / lambat / rosak? :
- ___________________________
Screenshot (kalau ada isu) : (lampir)
04
Bila kita boleh naik Fasa 2
Kita gerak ke Fasa 2 (Distribution) bila semua ni ✓. Ini pastikan Fasa 1 betul-betul kukuh dulu — kalau ada masalah, kami betulkan sebelum tambah benda baru.